|
Puan Zulfah Balqies dari JBS Negeri Pulau Pinang melapor diri pada
20hb Februari 2012 sebagai Pembantu Pengajar di Akademi ini.
Pegawai dan Kakitangan APBM, PD mengucapkan selamat datang dan
selamat bertugas kepada beliau.
Encik Tun Mohd Muazam bin Mustafa Albakri (Pengajar) dipinjamkan ke KBS
untuk Bahagian Pembangunan Strategik sehingga Jun 2012.Pegawai dan
kakitangan APBM, PD mengucapkan dan selamat bertugas kepada beliau.
Facebook
|
10 Februari 2012, Pasir Panjang, Port Dickson - Seramai 65 orang dari seluruh Malaysia dan juga beberapa negara lain seperti German, Australia, Singapura dan juga New Zealand sedang mengikuti KURSUS MARSHAL DAN PEMANDUAN BERHEMAH MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI SIRI 1/2012 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson selama 3 hari 2 malam bermula 10 Februari 2012 (Jumaat) dan berakhir pada 12 Februari 2012.
Kursus ini dianjurkan oleh EMC (ENDURANCE MALAYSIAN CHAPTER) dengan kerjasama Malaysian Marshal dan juga melibatkan beberapa agensi lain seperti JPAM, Polis Trafik Negeri Sembilan dan juga Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan. Kursus ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam pengendalian motosikal berkuasi tinggi semasa berkonvoi serta meningkatkan kesedaran peserta tentang undang-undang, keselamatan serta teknik-teknik ''defensive driving'' dalam etika berkonvoi.
Menariknya kursus kali ini disertai 2 wanita Kak Yong dan Kak Nor yang juga adalah penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Menurut Kak Yong (Latifah binti Saharuddin-52tahun) dari Taiping Rider Group memiliki ER650F, beliau mengikuti kursus ini kerana ingin mengetahui apa tugas-tugas seorang marshal dan jika lelaki boleh melakukan begitu juga beliau. Selain Kak Yong, Kevin Smith dari New Zealand yang bertugas di Singapura mengikuti kursus marshal ini adalah pengalaman pertama beliau di dalam Malaysia. Beliau mewakili HOG Chapter Singapore yang menunggang Harley Davidson berminat menyertai kursus ini kerana beliau sering terlibat dengan konvoi jarak jauh bersama-sama rakan mengelilingi Malaysia dan juga Thailand dan beliau sentiasa belajar dalam pemanduan yang berhemah semasa mengendalikan motorsikal berkuasa tinggi di jalan raya.
Kursus ini melibatkan pembelajaran Konvoi Malam pada 10.2.2012 sekitar kawasan Port Dickson dan 11.2.2012 para peserta akan didedahkan teknik-teknik pemanduan yang betul dalam Jelajah Negeri Sembilan. Kawasan Akademi dijadikan tempat pengujian untuk para peserta lulus dalam kursus marshal ini. Pemilihan Akademi untuk kali ke-4 sepanjang penganjuran oleh EMC kerana kawasan muka bumi yang dimiliki dan juga padang kawad yang luas menyebabkan pihak penganjur memilih dan menyatakan kepada peserta bahawa Akademi adalah tempat '' The Best in Negeri Sembilan'' untuk menguji peserta dalam kursus ini.
Sekian, info dari Akademi. Gambar-gambar boleh di lihat di galeri. |
|
MARILAH BERAMAI RAMAI MENGHADIRI KURSUS DI APBM PD... |
|

WACANA APBM
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
|
Gambar Pegawai & Kakitangan APBM.PD |
|
Berdiri dari kiri:
Azmee Amar Azwan Mostapa, Mohd Fairuz Ludin@ Othman, Abdul Karim Abdul Ghani,
Zulkifli Mohamad Mokhtar, Muhamad Fadzlan Harun, Amilluddin Mohamed Amin,
Mohd Syazwan Anuar, Mohd Syarul Nizam Salleh, Faridulanwar Darmi, Mohd Razali A.Rahman,
Nor Rashidi Ramdzan, Hanipah Md Isa.
Duduk dari kiri:
Nurhasrulwima Hashim, Suzana Ali, Mohd Uzaimi Mokhtar, Ong Seng Poh (Timbalan Pengarah),
Zalkeri Salleh (Pengarah), Hatta Mohd Yasin (Penolong Pengarah),
Syaripah Yuliana S Amran, Marni Nasri. |
|
|